Berita baik untuk guru-guru pedalaman
Kajian naikkan elaun guru di pedalaman
KUALA LIPIS 8 Mei – Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untuk menaikkan kadar elaun guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman selepas mengambil kira kepayahan yang terpaksa mereka lalui.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, kajian tersebut dibuat selepas pihaknya meninjau kesukaran hidup guru yang bertugas di pedalaman Pahang, Sabah dan Sarawak baru-baru ini.
Dalam kajian itu menurut beliau, kerajaan akan menambah kategori elaun kawasan pedalaman kepada lima berbanding hanya tiga pada masa ini.
”Selepas meninjau kehidupan mereka (guru pedalaman), sewajarnya mereka diberi elaun yang lebih munasabah berbanding sekarang ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Asli Lenjang dan SK Titom, Hulu Jelai, dekat sini hari ini.
Katanya, pada masa ini, terdapat tiga jenis elaun bertugas di pedalaman iaitu RM500, RM1,000 dan RM1,500 yang dibayar kepada guru mengikut kategori kawasan yang ditetapkan.
Menurut beliau, kerajaan akan meminta Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) membuat kajian menyeluruh untuk menentukan jumlah bayaran elaun bagi lima kategori yang akan diperkenalkan itu.
”Kenaikan elaun itu nanti merupakan insentif agar guru lebih bersemangat menjalankan tugas di pedalaman yang tersisih daripada segala kemudahan.
”Kita bangga dengan guru yang bertugas di pedalaman kerana mereka cukup kental dan menunjukkan kesungguhan mengharungi kesukaran untuk memberi pendidikan kepada anak bangsa,” tegasnya.
Menceritakan pengalaman lawatannya ke kawasan pedalaman Sarawak baru-baru ini, Puad memberitahu, beliau berjumpa dengan seorang guru wanita yang sarat mengandung dan telah berkhidmat lebih lima tahun di kawasan yang jauh daripada keluarga.
”Namun guru wanita itu tetap menjalankan tugas tanpa rasa bosan dan kecewa,” jelasnya.
Antara kes lain, katanya, ada guru yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan liputan talian telefon bimbit untuk menghubungi keluarganya.
”Saya terharu dan bangga kerana guru-guru di pedalaman berusaha mewujudkan persekitaran yang kondusif di sekolah dan kelas mereka agar setanding dengan di bandar.
”Mereka menggunakan sumber tempatan, kreativiti dan inovasi untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran dengan baik,” ujarnya.
Budu oh Budu
Budu…itulah gelaran diberi..sangat popular di negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu.Budu biasanya dimakan bersama nasi dan ulam.perghh..sedap tuh..acu try sekali tgk…Cara penyediaannya pun mudah sahaja. just perah limau nipis dan dicampur cili api dan bawang.pahtu tunggu ape lg..makan jerlaa..tapi ape yang aku nk stress kt sini bukan cara makan budu tetapi tentang khasiat mkn budu.mungkin ramai yang tidak menyedari akan khasiat budu ni.aku baru gak tau ni lps terbaca rencana kt paper.rupanya budu ni sudah dibuat kajian oleh negara luar dan hasil daripada kajian itu ialah :
- Kajian pakar pemakanan Jepun, Amerika Syarikat,Australia,New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan anti oksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
- Pengkaji Universiti Carolina Utara,AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
- Satu ujikaji rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gram sehari selama 2 minggu boleh menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan.
- Budu berpotensi mencegah cirit-birit dan penurunan kolestrol darah, begitu juga hipertensi dan penyakit jantung.
- Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak.Ia juga membantutkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan masalah kembung perut.
Itulah serba sedikit info yang aku dapat tentang khasiat budu.so tunggu ape lagi..jom kita pakat makan budu…makanlah budu untuk kesihatan…
Bahasa Jiwa Bangsa
Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan lagu ini. Lagu ini sangat popular dikalangan murid-murid sekolah.Tetapi aku tidak tahu lagu ini popular atau tidak dikalangan orang dewasa.Sama-sama kita hayati lirik lagu ini…
Bahasa Jiwa Bangsa
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Lagu/Lirik: Dol Ramli
Hidup Ibarat Roda
Hidup ibarat roda..itulah ungkapan yang sentiasa bermain difikiranku.Mana kan tidak. Hidup kita ni sentiasa berputar-putar.Kadang-kadang kita berada diatas dan kadang-kadang kita berada dibawah.Ketika berada diatas iaitu kemuncak jangan kita lupa untuk melihat keadaan dibawah.Ketika berada dibawah pula janganlah kita berputus-asa.Teruskan usaha untuk naik ke atas. fuhh…perkataan itu sungguh memberi maksud yang mendalam.fikir-fikirkan lah maksud perkataan tu..
sekadar buat renungan
Keep It (Kapit)
Kapit, sarawak…Itulah tempat yang aku dipostingkan iaitu satu daerah yang berada dalam negeri Sarawak. First time terdengar nama Kapit memang betul-betul pelik bunyinya. Tapi begitulah lumrah alam. Setiap nama yang diberi mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Menurut orang-orang tua, terdapat dua buah cerita yang dapat mengisahkan asal-usul nama Kapit. Pada masa dahulu, banyak rumah panjang yang diperbuat daripada buluh (‘kepit’ dalam bahasa tempatan pada masa itu) didirikan di tepi sungai-sungai. Apabila orang luar ingin pergi ke rumah-rumah panjang, mereka akan berkata, “Kami ngagai rumah panjai kepit“. Lama-kelamaan, sebutan ‘kepit’ berubah menjadi Kapit dan akhirnya diterimapakai untuk merujuk tempat Kapit sekarang.
Dalam cerita lain plak, seorang pegawai Brooke sampai di Kapit pada tahun 1861. Apabila tiba di tempat itu, dia berasa lapar lalu mengarahkan seorang penduduk tempatan untuk membeli sedikit makanan. Pegawai itu gembira dengan perkhidmatan tersebut dan menyuruh orang itu supaya menyimpan baki duit dengan berkata, “Keep it“. Sejak peristiwa itu, sebutan ‘keep it’ menjadi buah mulut penduduk setempat dan berubah bunyi menjadi Kapit dalam sebutan penduduk tempatan.

Recent Comments